Tuesday, November 11, 2008

Monday, November 10, 2008

Sejarah Labuan


Pulau Labuan asalnya merupakan sebahagian dari Kesultanan Brunei. Pada 1846, ia diserahkan kepada British setelah British menggunakan pulau tidak berpenghuni itu sebagai tapak operasi menentang lanun. Kemudian pada 1890, ia digabungkan dengan Borneo Utara. Seterusnya pada 1963 ia bersama-sama Sabah bergabung ke dalam Malaysia.

Labuan dahulunya merupakan kawasan terpinggir dari arus pembangunan. Setelah diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1984, kawasan penempatan majoriti orang Melayu (dari suku kaum Kedayan dan Brunei) serta minoriti kaum cina ini mula menjadi antara destinasi utama kepada pelabur asing untuk berurusniaga terutama sekali setelah Labuan diiktiraf sebagai Pusat Kewangan Pesisir Antarabangsa atau IOFC pada Oktober 1990.

Peninggalan sejarah zaman silam di Labuan menjadi tarikan pelancong seperti Taman Damai (Peace Park iaitu tempat Jepun menyerah kalah kepada British), kubur askar asing yang terkorban semasa berperang dengan tentera Jepun dan Taman Burung Eksotik.

Antara pejuang penentang penjajah di zaman pemerintahan tentera Jepun di Pulau Labuan ini adalah Jamidar Buyong . Beliau merupakan seorang Panglima Perang di dalam tentera British .Nama Beliau kemudiannya diambil sebagai nama sebuah jalan di Pulau Labuan sebagai memperingati sumbangan dan jasa dalam usaha membebaskan cengkaman penjajah.Mungkin generasi sekarang tidak ramai yang mengetahui nama di sebalik jalan tersebut, namun generasi / pewaris beliau masih menetap di Labuan hingga kini.[perlu petikan]

Selain peninggalan sejarah zaman silam, Labuan juga terkenal dengan aktiviti sukan laut peringkat antarabangsa seperti pertandingan memancing laut dalam, jet ski dan kayak mengelilingi pulau Labuan.

Labuan yang dahulunya didiami oleh nelayan, mula menjadi tumpuan para pelajar dari dalam dan luar labuan berikutan pembukaan Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan.

PULAU LABUAN


Wilayah Persekutuan Labuan

Wilayah Persekutuan merupakan salah satu daripada negeri yang membentuk Persekutuan Malaysia. Wilayah Persekutuan ditadbir secara langsung oleh kerajaan persekutuan di bawah bidang kuasa Perdana Menteri.

Wilayah Persekutuan Labuan merupakan daerah wilayah persekutuan kedua Malaysia. Pulau Labuan mempunyai keluasan 98 km2. Pulau Labuan terletak sekitar 10 km dari pantai Sabah, dan 2 1/2 jam penerbangan dari Kuala Lumpur, dan lima minit perjalanan bot ke Pulau Papan. Pulau Labuan telah diistiharkan sebagai pusat kewangan luar pantai (offshore financial centre) pada 1990 dan pelabuhan bebas cukai sejak 1956. Labuan mempunyai pelabuhan yang dalam dan besar, yang merupakan punca asal namanya pelabuhan atau "Labuhan".

Pulau Labuan juga mempunyai air yang jernih dan pantai berpasir sepanjang persisiran pantai, menjadikannya destinasi perlancongan yang baik. Pulau Labuan juga mempunyai perairan yang baik untuk aktiviti menyelam dan mempunyai empat destinasi penyelaman skuba.

 

Sejarah

Pulau Labuan asalnya merupakan sebahagian dari Kesultanan Brunei. Pada 1846, ia diserahkan kepada British oleh Sultan Brunei Sultan Omar Ali Saifuddin II setelah British menggunakan pulau tidak berpenghuni itu sebagai tapak operasi menentang lanun. Pada 1848 Labuan telah diistiharkan sebagai Tanah Jajahan Mahkota British. Kemudian pada 1890, ia digabungkan dengan Borneo Utara. Namun begitu pada 1 Januari 1906 Labuan telah diserahkan kembali kepada British dan menjadi sebahagian daripada Negeri-negeri Selat pada 30 Oktober 1906 bersama-sama Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.

Pada Disember 1941 hingga Jun 1945, Labuan telah diperintah oleh Jepun. Labuan telah ditukar namanya menjadi Pulau Maida (前田島 [Maeda-shima])sempena nama Komander tentera Jepun di Borneo Marquis Toshinari Maeda. Selepas pengunduran Jepun dan pentadbiran tentera British tamat, Labuan digabungkan ke dalam Borneo Utara pada 1946. Seterusnya pada 1963 ia bersama-sama Sabah bergabung ke dalam Malaysia.

Labuan dahulunya merupakan kawasan terpinggir dari arus pembangunan. Setelah diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1984, kawasan penempatan bagi kaum bissya ini mula menjadi antara destinasi utama kepada pelabur asing untuk berurusniaga terutama sekali setelah Labuan diiktiraf sebagai Pusat Kewangan Pesisir Antarabangsa atau IOFC pada Oktober 1990 (kini dikenali sebagai Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa atau IBFC).

Peninggalan sejarah zaman silam di Labuan menjadi tarikan pelancong seperti Taman Damai (tempat Jepun menyerah kalah kepada British), kubur askar asing yang terkorban semasa berperang dengan tentera Jepun dan Taman Burung Eksotik.

Selain peninggalan sejarah zaman silam, Labuan juga terkenal dengan aktiviti sukan laut peringkat antarabangsa seperti pertandingan memancing laut dalam, jet ski dan kayak mengelilingi pulau Labuan.

Labuan yang dahulunya didiami oleh nelayan, mula menjadi tumpuan para pelajar dari dalam dan luar labuan berikutan pembukaan Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan dan Kolej Matrikulasi Labuan.

 

Politik

Labuan merupakan salah sebuah Wilayah Persekutuan Malaysia. Labuan mempunyai seorang perwakilan di Dewan Negara dan seorang di Dewan Rakyat.

Berikut senarai para pentadbir di Labuan:

Gabenor
27 Nov 1847 - Nov 1852 James Brooke (b. 1803 - d. 1868)
1852 - 1856 Spenser St. John (b. 1825 - d. 1910)

Leftenan Gabenor (pemangku tugas Gabenor)
1848 - 1850 William Napier
1850 - 1856 John Scott (b. 1814 - d. 1898)

Gabenor
1856 - 1861 George Warren Edwards
1861 - 1866 Jeremiah Thomas Fitzgerald Callaghan (b. c.1830 - d. 1881)
1866 - 1867 Hugh Low (b. 1824 - d. 1905)
1867 - 1871 John Pope Hennessy (b. 1834 - d. 1891)
1871 - 1875 Henry Ernest Gascoyne Bulwer (b. 1836 - d. 1914)
9 Aug 1875 - 1879 Herbert Taylor Ussher (b. 1836 - d. 1880)
1879 - 1881 Charles Cameron Lees (b. 1837 - d. 1898)
1881 - 1888 Peter Leys
1888 - 1890 Arthur Shirley Hamilton
1890 - 1906 Gabenor Borneo Utara
1906 - 1946 Gabenor Negeri-negeri Selat

Timbalan Gabenor
1906 - 1946 Residen British di Brunei

Residen British
1907 - 19.. M.S.H. McArthur
Feb 1917 - 1918 Geoffrey Edmund Cator (b. 1884 - d. 1973)
1918 - 1934 ....
1934 - 1936 A.D. York (b. 1907)
1936 - 1940 ....
1940 - 3 Jan 1942 A.H.P. Humphrey (b. 1911)

Komander Jepun
3 Jan 1942 - Mar 1945 ....
Mar 1945 - 10 Jun 1945 Hichiro Okuyama

British Residents
1945 - 16 Sep 1963 ....

Ketua Pegawai Eksekutif
1994? - Feb 1997 Nawawi Kamaruddin
Feb 1997 - Feb 1999 Dato' Baseri Lamsah (b. 1948)
Feb 1999 - Feb 2000 Datuk Muhammad Mohd Noor
Apr 2000 - 2001 Datuk Mohd Noor Moktar

Pengerusi Perbadanan Labuan
2001 - 2003 Dato' Othman Mohd Rijal (b. 1945) UMNO
Apr 2003 - Kini Dato' Suhaili Abdul Rahman (b. 1961) UMNO/BN

Kampung

Wilayah Persekutuan Labuan terbahagi kepada 27 kampung :-

§                     Batu Arang

§                     Batu Manikar

§                     Layang-Layangan

§                     Lubok Temiang

§                     Rancha-Rancha

§                     Nagalang

§                     Sungai Lada

§                     Kerupang

§                     Lajau

§                     Tanjung Kubong

§                     Pantai

§                     Membedai

§                     Tanjung Aru

§                     Durian Tunjung

§                     Sungai Pagar

§                     Sungai Miri

§                     Gersik Saguking

§                     Ganggarak

§                     Bukit Kuda

§                     Bukit Kalam

§                     Sungai Bedaun

§                     Kiamsam

§                     Bebuloh

§                     Patau-patau

§                     Sungai Kaling

§                     Kilan

§                     Merinding

 

Geografi

Wilayah Persekutuan Labuan terdiri dan Pulau Labuan dan enam pulau kecil lain di sekitarnya.

 

Budaya

Majoriti penduduk Labuan adalah berketurunan Kadayan-Brunei. Mereka beragama Islam dan bertutur dalam bahasa Melayu dialek Kadayan-Brunei atau lebih dikenali sebagai dialek Labuan. Dialek Labuan mempunyai beberapa perbezaan berbanding Bahasa Melayu standard. Berikut adalah antara perkataan yang sering digunakan dalam perbualan seharian:
Awu=ya
ani=ini
atu=itu
kita=awak (digunakan untuk merujuk kepada orang yang lebih tua atau dihormati)
batah=lama
tah=lah
mun=kalau
basar=besar
damit=kecil
aing=air
karang=nanti
bisai=cantik
ia=dia

Antara makanan tradisi masyarakat Labuan pula ialah ambuyat, kelupis dan makanan karing.

 

Darjah Kebesaran

Mulai tahun 2008, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran,Bintang dan Pingat Persekutuan (Wilayah Persekutuan) sempena Hari Wilayah Persekutuan. Darjah Kebesaran Yang Mulia Mahkota Wilayah ini mempunyai 7 pangkat iaitu:

§                     Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama

§                     Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri

§                     Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk

§                     Johan Mahkota Wilayah (JMW)

§                     Kesatria Mahkota Wilayah (KMW)

§                     Ahli Mahkota Wilayah (AMW)

§                     Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (PPMW)

 

 

 

MALAYSIA



Malaysia

 

Malaysia (Jawi: مليسيا) ialah sebuah negara persekutuan yang terletak di Asia Tenggara. Malaysia mempunyai dua kawasan utama yang terpisah oleh Laut China Selatan; iaitu Semenanjung Malaysia, bersempadankan Thailand di utara dan Singapura di selatan; dan Malaysia Timur, bahagian utara Pulau Borneo yang bersempadan dengan Indonesia di selatan dan Brunei di utara. Malaysia adalah salah satu negara perintis ASEAN.

 

Sejarah

Semenanjung Melayu berubah menjadi pusat perdagangan di Asia Tenggara apabila China dan India memulakan perdagangan mereka melalui Selat Melaka. Banyak kerajaan awal wujud pada abad ke-10 berasal daripada bandar pelabuhan. Ini termasuk Langkasuka danLembah Bujang di Kedah, Beruas dan Gangga Negara di Perak, serta Pan Pan di Kelantan. Pada awal abad ke-15, Kesultanan Melakawujud dan kemakmuran ekonominya telah menarik minat penakluk daripada Portugis, Belanda dan Britain untuk mewujudkan petempatan atau koloni di Selat Melaka.

Petempatan selat koloni diraja Britain diwujudkan pada 1826, dan Britain sedikit demi sedikit menyebarkan pengaruh dan kawalannya ke atas seluruh semenanjung. Penempatan selat ini terdiri dari Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Pada 1867, Inggeris menjadi semakin agresif dan mula mendapatkan negeri-negeri Melayu yang lain. Disebabkan perang saudara, gangguan kongsi gelap Cina, Britain telah dipilih untuk menyelesaikan masalah masalah penduduk Negeri-negeri Selat. Akhirnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani yang mengakibatkan perluasan kuasa Britain ke negeri-negeri Melayu (iaitu Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan yang dikenali juga Negeri-negeri Melayu Bersekutu). Negeri-negeri lain yang dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Perlis, Kedah, Kelantan danTerengganu berada di bawah kuasa Thailand.

Di Borneo pula, Borneo Utara Britain dahulunya berada di bawah pemerintahan Kesultanan Sulu (sekarang Sabah) ditabalkan sebagai Koloni Diraja British, manakala Sarawak menjadi milik keluarga Brooke. Akibat penaklukan Jepun pada Perang Dunia II dan kebangkitan komunis, sokongan untuk kemerdekaan semakin kuat. Apabila Britain mahu mewujudkan Malayan Union selepas perang berakhir, masyarakat Melayu bangun menentang dan mahukan sistem yang pro-Melayu, menolak kemasukan Singapura dan mahukan sistem kewarganegaraan tunggal (berbanding dwiwarganegara, yang membolehkan kaum pendatang mendapat status warganegara Malaya dan negara asal mereka). Kemerdekaan untuk Semenanjung Tanah Melayu diperolehi pada 1957 di bawah nama Persekutuan Malaya, tanpa penyertaan Singapura.

Persekutuan yang baru diwujudkan di bawah nama Malaysia pada 16 September 1963 melalui penyatuan Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (kemudian dinamakan Sabah) dan Sarawak. Kesultanan Brunei yang pada mulanya menyatakan hasrat untuk menyertai Malaysia menarik diri akibat tentangan sebahagian masyarakat Brunei yang kecewa kerana sultan mereka tidak disenarai dalam bakal Yang Di-Pertuan Agong. Pada awal penubuhan Malaysia, banyak perkara berlaku misalnya cubaan Indonesia menakluk Malaysia, dan tuntutan Sabah oleh Filipina. Selain itu, pada 1965, Singapura menarik diri daripada Malaysia dan rusuhan kaum terjadi pada 1969.

Kini Malaysia masih lagi mempunyai beberapa masalah dengan jirannya seperti masalah penambakan tanah oleh Singapura dan isu harga air. Dengan Indonesia juga terdapat sedikit perselisihan mengenai pemberian konsesi carigali minyak di perairan Sabah serta masalah pekerja asing tanpa izin (PATI). Namun segala masalah tersebut dirundingkan secara aman dengan semangat setiakawan. Tambahan lagi, rakyat Malaysia dan jiran-jirannya berasal dari rumpun yang sama. Terutamanya dengan rakyat Indonesia, Malaysia telah banyak menjalin ikatan dengan rakyat di negara itu.

 

Politik

Persekutuan Malaysia merupakan sebuah negara raja berperlembagaan. Malaysia diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong yang dipilih daripada sembilan sultan negeri Melayu untuk berkhidmat selama lima tahun.

Sistem ini adalah berdasarkan Westminster kerana Malaysia merupakan bekas tanah jajahan Britain. Kuasa pemerintahan lebih banyak dipegang oleh cabang eksekutif berbanding perundangan. Pilihan raya umum pula perlu diadakan setiap lima tahun sekali.

Kuasa eksekutif ditetapkan oleh kabinet yang dipimpin oleh Perdana Menteri. Berdasarkan perlembagaan Malaysia, Perdana Menteri mestilah seorang anggota Dewan Rakyat, yang pada pendapat Yang di-Pertuan Agong, memimpin kumpulan majoriti dalam parlimen. Manakala kabinet merupakan ahli parlimen yang dipilih daripada Dewan Rakyat atau Dewan Negara.

Parlimen terbahagi kepada Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Dewan Negara mempunyai 70 orang senator (iaitu panggilan yang diberikan kepada ahli Dewan Negara). Pemilihan ahlinya boleh dibahagikan kepada dua:

1.     26 ahli dipilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai mewakili 13 negeri (setiap negeri diwakili oleh dua orang ahli).

2.     44 ahli yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya.

Dewan Rakyat pula mempunyai seramai 222 ahli, dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya. Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihan raya. Setiap ahli Dewan Rakyat memegang jawatan selama lima tahun, dan selepas itu pilihan raya yang baru akan diadakan. Kuasa perundangan dibahagi antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.

Kuasa politik di Malaysia amat penting bagi memperjuangkan sesuatu isu dan hak oleh yang demikian kuasa memainkan peranan yang amat penting dalam melakukan perubahan.

 

 

Geografi

Malaysia terdiri daripada dua kawasan utama yang dipisahkan oleh Laut China Selatan. Kedua dua kawasan mempunyai bentuk muka bumi yang hampir sama, iaitu daripada pinggir laut yang landai sehinggalah hutan tebal dan bukit bukau. Iklim Malaysia ialah khatulistiwa.

Putrajaya ialah pusat pemerintahan yang baru dibina dengan tujuan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur. Pejabat Perdana Menteri telah berpindah ke Putrajaya pada 1999 dan keseluruhan pejabat kerajaan pusat selesai berpindah ke Putrajaya pada 2005. Hanya beberapa pejabat kerajaan seperti RTM dikekalkan di Kuala Lumpur, selain Parlimen. Kuala Lumpur kekal sebagai ibu negara Malaysia. Bandar raya lain termasuk Ipoh, George Town, dan Johor Bahru.

 

Ekonomi

Malaysia merupakan sebuah negara berpendapatan sederhana, berubah daripada sebuah negara pengeluar bahan mentah sepertigetah, bijih timah dan sebagainya pada 1971 kepada negara berekonomi pelbagai sektor melalui Dasar Ekonomi Baru. Pada dasarnya, pertumbuhan Malaysia adalah bergantung kepada eksport bahan elektronik seperti cip komputer dan sebagainya. Akibatnya, Malaysia merasai tekanan hebat semasa kegawatan ekonomi pada 1998 dan kemerosotan dalam sektor teknologi maklumat pada tahun 2001. KDNK pada tahun 2001 hanya meningkat sebanyak 0.3% disebabkan pengurangan 11% dalam bilangan eksport tetapi pakej perangsang fiskal yang besar telah mengurangkan kesan gawat tersebut.

Malaysia mempunyai persekitaran makroekonomi yang stabil (di mana kadar inflasi dan kadar pengangguran kekal di bawah 3%), simpanan pertukaran wang asing yang sihat, dan hutang luar yang kecil. Ini membolehkan Malaysia untuk tidak lagi mengalami krisis yang sama seperti Krisis Kewangan Asia pada 1997. Walaubagaimanapun, prospek jangka panjang kelihatan agak kabur disebabkan kurangnya perubahan dalam sektor korporat terutama sekali sektor yang berurusan dengan hutang korporat yang tinggi dan kompetitif.

Selain getah dan sawit yang banyak di semenanjung, Sabah dan Sarawak juga kaya dengan sumber asli seperti kayu balak,petroleum dan gas asli.

 

Demografi

Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama, dengan kaum Melayu menjadi etnik terbesar di Malaysia dengan 54 % dari jumlah warganegara. Dari segi perlembagaan, orang Melayu ialah orang yang berkulit sawo matang, berbahasa Melayu dan beragama Islam. Kira kira satu perempat daripada penduduk Malaysia ialah kaum Cina, dan 7% lagi terdiri daripada kaum India. Hampir 85% daripada kaum India di Malaysia merupakan masyarakat Tamil.

Lebih separuh populasi Sarawak dan 66% populasi Sabah terdiri daripada kaum bumiputera bukan Melayu. Kemasukan kaum lain sedikit sebanyak mengurangkan peratusan penduduk peribumi di kedua-dua negeri itu. Keadaan di Sabah lebih teruk setelah kemasukan UMNO dalam usaha menguasai politik di negeri itu. Mereka terbahagi kepada puluhan kumpulan etnik tetapi memiliki budaya umum yang sama. Kaum yang utama adalah Kaum Kadazan-Dusun, Dayak dan Iban. Sehingga abad ke 20, kebanyakan daripada mereka mengamalkan kepercayaan tradisional tetapi kini telah ramai yang sudah bertukar kepada Kristian atau memeluk Islam.

Selain itu, Malaysia juga mempunyai penduduk yang berasal daripada Eropah (dipanggil Eurasia) dan Timur Tengah. Kepadatan penduduk Malaysia tidak seragam dengan 17 juta daripada 25 juta rakyat Malaysia menetap di Semenanjung Malaysia.

 

Budaya

 

Budaya Malaysia merujuk kepada kebudayaan kesemua masyarakat majmuk yang terdapat di Malaysia:

1.     Kebudayaan Melayu

2.     Kebudayaan Cina

3.     Kebudayaan India

4.     Kebudayaan Kaum Kadazan-Dusun

5.     Kebudayaan Indonesia

6.     Kebudayaan Dayak, Iban, Kayan, Kenyah, Murut, Lun Bawang, Kelabit dan Bidayuh.

 

 

Negeri dan Wilayah

Malaysia terdiri daripada 13 buah negeri dan 1 Wilayah Persekutuan (terdiri daripada 3 daerah) yang dilambangkan sebagai empat belas jalur dan bucu bintang di Jalur Gemilang:

 

Negeri

1.     Johor Darul Takzim (Johor Bahru)

2.     Kedah Darul Aman (Alor Star)

3.     Kelantan Darul Naim (Kota Bharu)

4.     Melaka Bandaraya Bersejarah (Bandar Melaka)

5.     Negeri Sembilan Darul Khusus (Seremban)

6.     Pahang Darul Makmur (Kuantan)

7.     Perak Darul Ridzuan (Ipoh)

8.     Perlis Indera Kayangan (Kangar)

9.     Pulau Pinang Pulau Mutiara (Georgetown)

10.  Sabah Negeri Di Bawah Bayu (Kota Kinabalu)

11.  Sarawak Bumi Kenyalang (Kuching)

12.  Selangor Darul Ehsan (Shah Alam)

13.  Terengganu Darul Iman (Kuala Terengganu)

 

Wilayah Persekutuan

1.     Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

2.     Wilayah Persekutuan Labuan

3.     Wilayah Persekutuan Putrajaya

Fakta lain

Bandar utama : Kuala Lumpur

Pusat Pentadbiran : Putrajaya

Hari Kebangsaan : 31 Ogos 1957

Cogan Kata Negara : Bersekutu Bertambah Mutu

Benua : Asia, Asia Tenggara

Koordinat Geografi : 2 30 U, 112 30 T

Hujan tahunan : 2000mm ~ 2500mm

IklimTropika dengan suhu : 24–35 Darjah Celsius

Bunga rasmi : Bunga Raya

Binatang rasmi : Harimau

Puncak tertinggi : Gunung Kinabalu, Banjaran Crocker (4175m)

Puncak tertinggi Semenanjung : Gunung Tahan, Banjaran Tahan (2187 m)

Banjaran terpanjang : Banjaran Titiwangsa (500 km)

Sungai terpanjang : Sungai Rajang, Sarawak (563 km)

Sungai terpanjang SemenanjungSungai Pahang (475 km)

Jambatan terpanjang : Jambatan Pulau Pinang (13.5 km)

Gua terbesar : Gua Niah, Sarawak

Bangunan tertinggi :Menara Berkembar Petronas (452m)

Negeri terbesar : Sarawak (124,450 km persegi)

Negeri terkecil : Perlis (810 km persegi)

Tempat paling lembap : Bukit Larut (lebih 5080 mm)

Tempat paling kering : Jelebu (kurang daripada 1500 mm)

Kawasan paling padat : Kuala Lumpur (6074/km², 15,543/batu persegi)

Penanaman eksport utama : minyak sawit dan getah